Total Pageviews

Friday, December 3, 2010

BERAKHIR PENAT LELAH

Semalam peperiksaan Fizik, kertas 1 hingga 3. Soalan macam senang, aku harap pelajar-pelajar ni akan dapat keputusan yang baik. Tiada guru yang mengharapkan anak didiknya tidak berjaya namun kejayaan itu perlu disertai dengan usaha gigih dan selebihnya berserahlah kepda Yang Maha Kuasa. 

            Sedang peperiksaan berlangsung, aku terasa sakit kepala yang kuat. Selesai saja kertas 3, aku menarik nafas lega diiringi nafas tercungap-cungap. Aku cuma fikir, adakah ini "tanda" penat lelah akhir untuk tahun ini berakhir? Aku bercadang untuk pulang ke kampung halaman hari ini tetapi tidak mampu. Aku perlu rehatkan diri dahulu, perlu beroleh kesihatan yang baik baru dapat meneruskan perjalanan esok. Insya-Allah.

Tuesday, November 30, 2010

BOLA TAMPAR

pasukan bola tampar SMK Perantau Damai 2010
     (Berdiri dari kiri: Azuar, Ridwan, Yuzamri, Pakhrul, Zakaria)
             (Duduk dari kiri: Muzafar, aku, Azihan)

Melihat gambar-gambar dalam laptop, membuatkan aku teringat sukan bola tampar. Sepanjang hampir 2 tahun "kebangkitan" bola tampar di SMK Perantau Damai, banyak perlawanan dan pengalaman dapat aku kutip. Sukan inilah yang setiap petang aku tidak boleh miss untuk main. 

            Kadang-kadang kalau aku terlewat atau tiada mood nak main, budak-budak siap datang ke rumah bertanya dan ajak main. Bersemangat pelajar-pelajar ni, kalau kena gaya dan caranya. Sehinggakan sampai tahap mereka lebih cenderung untuk bermain bola tampar berbanding bola sepak. Adakalanya waktu hujan pun sanggup main, bila lebat je baru berhenti. Secara tidak langsung, aku sendiri terikut sama jadi bersemangat. Bagi aku sendiri, aku perlu beriadah untuk kurangkan tekanan, mengisi masa lapang di samping mengamalkan gaya hidup sihat. 


                               pasukan bola tampar pelajar SMK Perantau Damai 2010
            Tahun ini juga membuka satu lembaran baru untuk sukan bola tampar SMKPD iaitu buat julung-julung kalinya pihak sekolah dengan galakan GPK Ko-kurikulum menghantar pasukan bola tampar bertanding di peringkat daerah. Percubaan kali pertama amat membanggakan, walaupun sekadar mendapat tempat ke-3 namun yang penting pelajar-pelajar memperolehi pengalaman pertandingan yang sebenar. Skill bermain mereka menjadi lebih baik daripada sehari ke sehari. 

             Yang positifnya juga, guru-guru adakalanya turut serta bermain dan bertanding dengan para pelajar. Ada ketikanya bertanding dengan pasukan sekolah lain iaitu SMK Bandar Tun Razak, yang menjadi "musuh" tradisi kami walaupun kami sendiri bukan hebat pun. Apapun aku sangat berharap aktiviti bermain bola tampar masih boleh diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan lebih baik dan lebih bermutu. Buat kawan-kawan, terima kasih juga diucapkan memberi galakan dan sokongan terutamanya kawan serumah Muzafar, GPK Ko-kurikulum En. Rizal, setiausaha sukan sekolah Azihan.

P/S: Aku kena jadi ketua penasihat kelab bola tampar 2011

Monday, November 29, 2010

SEBAGAI SAINTIS...

                                             (klik di sini untuk lihat album gambar)

Tiba-tiba aku teringat kata-kata ini sebagai guru, aku juga seorang saintis. Kata-kata yang terbit secara automatik. Sebagai seorang guru daripada aliran Sains, aku rasa ada benarnya juga ungkapan aku itu. Pembelajaran berlaku sepanjang hayat. Jadi daripada semasa ke semasa, sesibuk mana pun kita, sebagai guru ada baiknya kita terus belajar dan mendalami bidang sains ini. Di mana saja kita boleh belajar. Justeru aku sendiri berpendapat, tidak semestinya menyambung belajar dalam Sarjana dan seterusnya kita dikatakan belajar. Secara tidak rasminya, banyak perkara yang kita pelajari.

                                                        (klik di sini untuk lihat album gambar)
                  Ilmu sains itu luas, pecahannya sangat banyak. Aplikasinya dalam kehidupan seharian selalu ditemui. Barangkali kita boleh memilih untuk mendalami apa jua bidang ilmu sains yang kita minati kerana sukar untuk menguasai semua ilmu yang ada. Namun, jangan mudah mengatakan tidak tahu dan tidak minat. Sebagai ahli sains, kita sepatutnya tahu jua serba sedikit apa jua berkaitan dalam bidang ilmu sains ini. Aku sendiri memandang ke hadapan dalam bidang aku yang aku minati.

Sunday, November 28, 2010

DI SINI KU BERMULA

Assalamualaikum...salam sejahtera..

Atas cadangan kawanku, aku "berjaya" menghasilkan blog ini. Apapun kalau berkesempatan aku akan kemaskini daripada semasa ke semasa.