Total Pageviews

Tuesday, November 30, 2010

BOLA TAMPAR

pasukan bola tampar SMK Perantau Damai 2010
     (Berdiri dari kiri: Azuar, Ridwan, Yuzamri, Pakhrul, Zakaria)
             (Duduk dari kiri: Muzafar, aku, Azihan)

Melihat gambar-gambar dalam laptop, membuatkan aku teringat sukan bola tampar. Sepanjang hampir 2 tahun "kebangkitan" bola tampar di SMK Perantau Damai, banyak perlawanan dan pengalaman dapat aku kutip. Sukan inilah yang setiap petang aku tidak boleh miss untuk main. 

            Kadang-kadang kalau aku terlewat atau tiada mood nak main, budak-budak siap datang ke rumah bertanya dan ajak main. Bersemangat pelajar-pelajar ni, kalau kena gaya dan caranya. Sehinggakan sampai tahap mereka lebih cenderung untuk bermain bola tampar berbanding bola sepak. Adakalanya waktu hujan pun sanggup main, bila lebat je baru berhenti. Secara tidak langsung, aku sendiri terikut sama jadi bersemangat. Bagi aku sendiri, aku perlu beriadah untuk kurangkan tekanan, mengisi masa lapang di samping mengamalkan gaya hidup sihat. 


                               pasukan bola tampar pelajar SMK Perantau Damai 2010
            Tahun ini juga membuka satu lembaran baru untuk sukan bola tampar SMKPD iaitu buat julung-julung kalinya pihak sekolah dengan galakan GPK Ko-kurikulum menghantar pasukan bola tampar bertanding di peringkat daerah. Percubaan kali pertama amat membanggakan, walaupun sekadar mendapat tempat ke-3 namun yang penting pelajar-pelajar memperolehi pengalaman pertandingan yang sebenar. Skill bermain mereka menjadi lebih baik daripada sehari ke sehari. 

             Yang positifnya juga, guru-guru adakalanya turut serta bermain dan bertanding dengan para pelajar. Ada ketikanya bertanding dengan pasukan sekolah lain iaitu SMK Bandar Tun Razak, yang menjadi "musuh" tradisi kami walaupun kami sendiri bukan hebat pun. Apapun aku sangat berharap aktiviti bermain bola tampar masih boleh diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan lebih baik dan lebih bermutu. Buat kawan-kawan, terima kasih juga diucapkan memberi galakan dan sokongan terutamanya kawan serumah Muzafar, GPK Ko-kurikulum En. Rizal, setiausaha sukan sekolah Azihan.

P/S: Aku kena jadi ketua penasihat kelab bola tampar 2011

2 comments:

n@m@n said...

dulu kt ukm tokse join..hehe

Hazran Rahimi said...

Hehe..bukan xse join tp segan sbb x expert..